Sunday, 16 September 2012

kisah hidup aku..

Assalamualaikum.

Aku seorang hamba allah yg dilahirkan tepat pada pukul 10 pagi pada tarikh 12 januari 1987 di bukit lintang n.sembilan.. Nama aku Roslie Bin Imran.. Aku dilahirkan di negeri sembilan tapi dibesarkan di negeri pahang darul makmur.. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu di mana letaknya bukit lintang iaitu tempat kelahiran aku kerana aku sendiri x penah pun jejak kaki kesana,dlm hati aku nak nak sgt aku kesana kerana ade perkara yg telah lama aku pendamkan dan tersangat la penting bg diri aku,mesti korg nak taw perkara tersebut kan,xpe korg akan taw jap lg k.

Sebenarnya aku dibesarkan oleh keluarga angkat,mereka menetap di felda jengka, di daerah itu la aku dibesarkan dan disekolahkan. Aku bersekolah rendah di situ dari darjah 1 hingga darjah 6, Aku bukan la seorang budak yg pandai tapi aku bukan pulak budak yg nakal,aku cuma seorang budak yg aktif bersukan, aku sgt aktif dalam sukan bola sepak, aku ke sekolah hanya untuk bermain,sebenarnya aku bukan tidak minat untuk belajar, aku pernah mendapat tempat ke 2 di dlm kelas,itu pun masa darjah 2..hehehehe..kira ok ape..
Dalam adik beradik family angkat aku, aku anak yg ke 5 dari 6 org adik beradik, aku kira beruntung ade 2 abg 2 akak dan seorg adik walaupun meraka adik beradik angkat aku tetap syg meraka.

Ayah aku seorg peneroka,memang la dah duduk kat felda sudah tentu la peneroka betul x.. Mak aku pulak hanya la seorng suri rumah, jadi anak peneroka dlm keluarga angkat bukannye tersangat la best, banyak liku2 kehidupan pahit manis yg perlu aku tempoh dan sememangnye aku dah tempoh, kehidupan aku banyak pahit dari manis, dari kecil aku dah dibiasakan dgn kerja2 di ladang, setiap minggu cuti sekolah masa aku hanya la di ladang jd masa aku untuk bermain sgt la terhad x macam kawan2 sekolah aku yg lain yg bleh bangun lewat dan bermain sampai lewat petang. Disebelah pagi seawal jam 7 aku dah dikejutkan untuk bersiap2 pergi ke ladang x pun disuruh oleh mak menyapu sampah sekeliling rumah,kawasan rumah aku 2 klu korg nak taw bukanye kecik, taw2 la kawasan rumah di felda nie tersangat la luas,depan tepi belakang semua kene dibersihkan,selagi x bersih aku x diberi makan,yg aku sedikit bengang 2 adik beradik yg lain semua bleh bangun lewat,bangun2 terus bleh makan,aku jgk la sorg2 yg kene bersihkan kawasan rumah.

To be continue..wasalam.

No comments:

Post a Comment